Thursday, June 24, 2010

Rasulullah SAW dengan sebiji limau



"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Subhanallah, sama-samalah kita hayati bagaimana mulianya akhlak yang ditunjukkan oleh rasulullah kepada kita semua.


Friday, February 5, 2010

PENTINGNYA KEBERGANTUNGAN DIRI KEPADA ALLAH


Kehidupan kita seringkali diuji dengan musibah dan masalah, dari umur setahun jagung sehinggalah usia sudah lanjut. Hidup kita tidak pernah putus dari masalah, lepas satu, satu masalah pula yang timbul dan begitulah seterusnya. Tidak kiralah masalah yang melibatkan pelajaran, berkaitan dengan masalah keluarga, masalah rumahtangga, masalah persahabatan, dan lain-lain lagi.
Apa yang perlu kita ingat ialah ALLAH.
Ingat bahawa ALLAH sentiasa bersama kita untuk membantu. Ketahuilah bahawa kita tidak berseorangan. Apa sahaja masalah yang kita hadapi pasti ada penyelesaiannya. Perkara yang paling penting ialah kebergantungan kita kepada ALLAH. Jangan pernah terfikir bahawa ALLAH tidak menyayangi kita. Kita seharusnya sedar bahawa ALLAH menguji keimanan hambanya dengan mendatangkan musibah.
ALLAH telah menyebutkan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa ALLAH tidak akan sekali-kali menguji hamba-NYA diluar kemampuan hamba-NYA. ALLAH juga mengetahui kita kuat untuk menanggung ujian yang diberikan. Disini kita akan terfikir betapa sayangnya ALLAH kepada kita dan bukan kerana benci. Lantaran itulah kita sebagai hamba-NYA dikehendaki bersabar dalam menghadapi ujian yang mendatang. Sebenarnya ALLAh telah mengaturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya...
Apabila kita ditimpa ujian, apa yang seharusnya kita lakukan? Tidak lain dan tidak bukan ialah mendekatkan diri kita kepada ALLAH. Berdoalah kepada ALLAH untuk meminta petunjuk dan jalan penyelesaian terhadap segala msalah yang kita hadapi kerana ALLAHlah tempat kembali segala masalah. Bersesuailah dengan datang dari ALLAH dan tempat kembalinya juga kepada ALLAH. Mengadulah segala masalah kita kepada ALLAH, ketahuilah ALLAH maha mendengar setiap rintihan hambaNYA. ALLAH sangat suka kepada hambaNYA yang selalu meminta kepada NYA. Jadi jangan mudah bersangka buruk terhadap musibah yang melanda kerana ALLAH maha mengetahui apa hikmah yang terlindung disebaliknya. Wallahu a'lam...



Friday, January 29, 2010

20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN


Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena pada diri sendiri.

Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita. Dan lagi satu lagi, jangan lupa tutup kepala kerana sekiranya kepala tidak ditutup syaitan akan menyapu najis diatas kepala kita melainkan dengan cara meletakkan tangan di atas kepala seraya membaca a'uzubillahiminasysyaithanirrajim. Maka terhindarlah daripada perbuatan syaitan tersebut.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan buat keburukan atau maksiat (na'uzubillah).

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja atau dimana saja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.

Hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya. kita seharusnya sentiasa bersangka baik dengan dengan Allah kerana setiap yang ditentukan olehNYA ada hikmah disebaliknya.

sahabat-sahabat sekalian, kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa sesetengah perkara yang disebutkan di atas seringkali diamalkan dalam kehidupan seharian kita. jadi ayuhlah sama-sama kita berubah dan sentiasa berwaspada dalam meneruskan kehidupan seharian kita supaya selamat dunia dan akhirat..

CABARAN BERDAKWAH

kehidupan hari ini amat sukar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sempurna.. terlalu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi terutamanya dalam melaksanakan tuntutan hadis nabi junjungan kita yakni Nabi Muhammad SAW yang berbunyi: "sampaikanlah ilmu walau satu ayat".
jika dilihat pada hadis tersebut, kita mungkin terfikir bahawa semua itu perkara mudah. tetapi tanpa kita sedari sebenarnya amat sukar untuk melaksanakan semua tuntutan tersebut tambahan pula jika dilihat pada suasana kehidupan sekarang. dunia hari ini tidak seperti zaman dahulu yang tidak semaju zaman sekarang.

Tuesday, January 19, 2010

AHLAN WASAHLAN...