Assalamualaikum...Alhamdulillah diri ini masih dikurniakan nikmat Iman, Islam dan Ihsan dari Allah. Dengan ini, dapatlah hamba mencoret sedikit coretan pada saat ini.
Alkisahnya macam ni. Pada suatu pagi, macam biasalah minggu kuliah saya dan sorang teman bergegas turun blok untuk ke bus stop nak ke kuliah. Hari tu kelas kami mula jam 8 pagi. Sampai je kat bawah blok, dah ternampak kelibat bas sampai, bas pertama pada pagi tu jam 7.15 pagi.
"Alamak, bas dah sampai. Cepat..cepat, kang terlepas pulak...lewat la kita nanti," Saya berkata. Kami ambil bas pertama sebab kena naik dua bas untuk sampai ke Fakulti. Berlari-lari anak la kami kejar bas tu. Takut kena tinggal punya pasal... Sampai je depan bas, kami pun naik lah. Tercari-cari tempat duduk yang dirasakan selesa untuk duduk. Kami pilih untuk duduk di tempat yang sedikit ke belakang. Bila duduk je saya ternampak sesuatu. Apa tu? tu la duit rm50. Alamak, sape pulak la yang tercicir duit ni..kesian pulak. Tapi nak buat macam nama, tu lah namanya duit tu bukan hak pemilik tadi tu.
Saya pun apa lagi, pi la serahkan duit tu kat drebar bas. nak tau apa drebar tu cakap?
"Ha?? jumpa duit? masalah... masalah..ni masalah besar ni...alar awak ambik je la duit ni masukkan dalam tabung masjid...." terkejut beno nampak pak cik tu..
'Uiks...Senangnye dia...erm cane ni?' Hatiku berbisik.
"Pak cik cuba la tanya2 dulu sape yang tercicir duit ni...Mana boleh masukkan terus dalam tabung masjid". Maunye saya ceramah panjang kat situ..hehe. Lagipun pak cik tu boleh dikatakan peramah jugak la, sebab tu saya suruh dia tanyakan dulu kalau2 ada sesiapa tercicir wang tu.
Akhirnya pak cik drebar tu mengalah gak "Oklah nanti pak cik cuba tanya..." Hehe akhirnya.
Tanpa membuang masa saya pun turun la dari bas tu ngan sorang lagi kawan.
daripda kisah ni, apa sebenarnya yang saya nak bagitahu??? apa motif cerita tu??? cerita kosong ke??? eh tak lah... mana ada cerita kosong, ada ilmu yang nk dikongsikan sebenarnya.
Bila kita terjumpa wang atau barang orang lain yang tercicir, apa yang perlu kita buat? ambil dan jadikan hak kita?? betul ke tindakan sebegitu? sebenarnya ada hukum yang etrsendiri apabila seseorang menjumpai barang orang lain.
Keadaan ini berkaitan dengan luqatah iaitu barang yang hilang dari empunyanya .Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta lebih-lebih lagi kalau harta itu kepunyaan orang Islam .Dan harta tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja.
Ulama’ telah memberi panduan kepada kita berdasarkan hadith-hadith Rasulillah SAW tindakan yang perlu kita lakukan. Antara perkara yang penting yang kita perlu ambil perhatian ialah kita menilai “barang “yang kita jumpa itu .
i. Jika barang yang kita jumpa itu ,barang yang remeh dan tidak menjadi tumpuan penduduk setempat seperti roti ,buah-buahan ,kayu maka orang yang menjumpainya boleh mengambil menafaat daripadanya tanpa perlu untuk mengiklankan penemuannya.Ini berdasar hadith Rasulillah SAW
لما روى جابر قال : ( رخص رسول الله صلى الله عليه وسلم في العصا والسوط والحبل يلتقطه الرجل ) رواه أبو داود
Jabir meriwayatkan bahawa Rasulillah SAW memberi rukhsah untuk mengambil kayu rotan,tali yang dijumpai oleh seorang lelaki.
ii. Jika barang-barang yang dijumpai itu barang-barang yang besar seperti kereta,tong sampah yang besar dan lain-lain ataupun haiwan-haiwan yang mampu mempertahankan dirinya sendiri dan mampu mencari kehidupannya sendiri seperti lembu ,kuda dan sebagainya ,maka haram bagi orang yang menjumpainya untuk mengambilnya berdasarkan hadith nabi SAW
( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه
Biarkanlah ia ! apa pula urusan kamu .Ia mampu mencari air sendiri an mencari makan sendiri sehingga ia bertemu dengan tuannya.
(وقال عمر : ( من أخذ الضالة فهو ضال
Barangsiapa yang mengambil haiwan yang sesat sesungguhnya ia telah bersalah .
iii. Jika barang yan ditemui itu berupa barang-barang yang tidak remeh di mata masyarakat setempat dan tidak pula barang-barang yang besar seperti kategori di atas maka ada tiga keadaan :-
a) Jika ia termasuk haiwan yang boleh dimakan seperti ayam dan lain-lain ,orang yang menemuinya hendaklah menimbang langkah yang paling menguntungkan empunya haiwan itu samada
- Memakan dengan berhutang kos nya apabila empunya nya ditemui.
- Menjual dan simpan wang jualannya untuk diserahkan kepada empunyanya selepas disimpan rekod spesifikasi barang tersebut
- Menjaga barang berkenaan termasuk menanggung kos jagaan (jika ada) tanpa memiliki haiwan berkenaan ,apabila empunya menuntut semula , kos penjagaan itu dituntut semula daripadanya.
خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب ) متفق عليه )
Bermaksud :Ambillah kerana haiwan itusamada untuk kamu , atau saudara kamu ataupun untuk serigala.
b) Barang-barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan ,langkah yang perlu diambil seperti langkah-langkah di atas.
c) Barang-barang yang ditemui itu tidak termasuk kategori barang a dan b di atas , hendaklah diambil atas dasar sebagai menyimpan amanah orang lain dan hendaklah dihebahkan di tempat ramai manusia .Berdasarkan hadith :
حديث زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه ، قال : سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن لقطة الذهب والورق ؟ فقال : ( اعرف وكاءها وعفاصها ، ثم عرفها سنة ، فإن لم تعرف ، فاستنفقها ، ولتكن وديعة عندك ، فإن جاء طالبها يوماً من الدهر ، فادفعها إليه ) ، وسأله عن الشاة ؟ فقال : ( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب )، وسئل عن ضالة الإبل ، فقال : ( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه
Berdasar hadith di atas langkah berikut perlu diambil
1.Rekodkan spesifikasinya
2.Hebahkan selama setahun .Ulama member panduan pada minggu-minggu awal dihebahkan setiap hari dan pada minggu-minggu berikutnya dihebahkan mengikut kesesuaian.Tujuan utamanya adalah untuk mencari empunyanya Maka paza zaman ini bolehlah gunakan teknologi yang ada untuk mencapai maksud berkenaan.
3.Jika cukup setahun empunyanya tidak menuntut , maka bolehlah dimiliki atau dijual tetapi hasilnya itu berstatus wadi’ah pada jagaan orang yang menemuinya .
4.Jika empunyanya menuntut pula selepas itu maka hendaklah diberikan selepas kita berpuas hati terhadap padanan antara spesifikasi barang berkenaan dengan maklumat yang diberi oleh empunyanya.
والله اعلم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
rujukan:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS