Wednesday, April 11, 2012

:. Aktiviti-aktiviti Kem Bakal Guru.:

Aktiviti kem MUMTAZ II pada semester 7
Anjuran Fakulti Tamdun Islam UTM.
Peserta yang terlibat ialah mahasiswa kursus SPI (Ijazah sarjana muda sains serta pendidikan pengajian islam).
Pada 20-22hb Januari 2012 (3 hari 2 malam)
Bertempat di Kemp Ville, Kuantan Pahang


Kem BIG (Bina Insan Guru)
Bertempat di Kem Dayang, Pekan Nenas, Pontian
Pada 30hb mac-1 April 2012 (3 hari 2 malam)
Semua mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan WAJIB melibatkan diri
Antara aktivitinya ialah:




Sunday, March 25, 2012

.:When We Do Good, People Talk.:

Assalamualaikum Wbt...
Alhamdulilllah masih diberi peluang oleh Allah untuk menulis hari ni...

Pada Entry kali ni, saya nak berkongsi sedikit tentang sikap masyarakat kita hari ni. Buat itu salah, buat ini pun salah.Terutamanya dalam soal melakukan kebaikan. Orang kata, when we do good, people talk...when we do bad, people talk...when we do nothing, people still talk....so macamana? nk berbuat baik atau jahat? atau tidak perlu berbuat apa-apa? walaupun kita tidak berbuat apa-apa, orang tetap akan mengata. Ada komen?

Beginilah wahai pembaca yang budiman, pahatkan di minda kita bahawa memang sudah lumrah manusia yang tidak pernah senang dengan orang lain. Apa yang penting ialah setiap apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat Islam. Contohnya semasa mengajak seseorang untuk menunaikan solat setelah masuk waktu. Ada sesetengah daripada masyarakat kita yang memandang enteng tentang ajakan sahabatnya. Malah mereka mengata yang bukan-bukan orang yang menyeru mereka ke arah kebaikan. Tidak kurang juga ada yang mengejek perbuatan sahabat tersebut. Ini bukan ajakan untuk melakukan kejahatan, tetapi ajakan ke arah kebaikan. ada yang mengatakan "alar... nak berlagak alim konon", dan banyak lagi kata-kata sumbang didengari. Bukan senang untuk menyebarkan dakwah. Dakwah memerlukan kekuatan dari segi rohani dan jasmani.

Oleh sebab itu, usah difikirkan apa yang akan mereka kata, tetapi cubalah untuk lakukan yang terbaik demi Islam. Islam is the way of life.

Tuesday, January 17, 2012

.: WaHai PenDiDik...SiLa BaCa:.



PESANAN IMAM GHAZALI KEPADA PENDIDIK (GURU)
Nak jadi pendidik bukannya mudah, besar tanggungjawabnya. Pesanan Imam Ghazali mengenai tanggungjawab guru, terutamanya yang mengajar ilmu agama.

Jika ada pelajar buruk akhlak, harus ditangani dengan lemah-lembut dan sopan. Nasihati secara sindiran supaya tidak memalukan mereka. Kata Imam Ghazali, marah terus-terang akan menyebabkan pelajar hilang takut dan tambah memberontak.

Jaga perhubungan dan silaturahim sesama guru, muliakan dan hormati sesama rakan guru.

Jangan ragukan fikiran murid. Umpamanya dengan berkata, ‘Entah, saya pun tak tahu” apabila mereka bertanya. Oleh itu, perkara yang boleh menimbulkan keraguan, jangan diajar dahulu.

Guru harus mengamalkan apa yang diajarnya pada murid. Allah berfirman, “Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan, sedanglam kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah. Tidakkah kamu berakal?” (Surah al-Baqarah: 44)
Jangan sekali-kali mengajar ilmu sesat kepada orang. Juga dilarang mengajar ilmu yang tidak memberikan manfaat.

Jangan sombong dengan ilmu yang dimiliki. Rasulullah bersabda, “Janganlah engkau mempelajari ilmu pengetahuan untuk bersombong-sombong dengan orang yang sama-sama berilmu, bertengkar dengan orang yang berfikiran lemah dan untuk menarik perhatian orang ramai. Sesiapa yang berbuat demikian, maka dia dalam neraka.” (Riwayat Ibnu Majah dari Jabir).

Jangan sembunyikan ilmu. Guru juga hendaklah memiliki ilmu yang lebih tinggi daripada pelajar. Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang menyembunyikan ilmu yang bermanfaat, nescaya dia dibangkitkan hari kiamat dengan mulut dikekang api neraka.” (Riwayat Ibnu Majah dari Abi Said).

Ada ilmu agama yang dikecualikan daripada dipelajari secara perbahasan yang terperinci iaitu ilmu Tauhid yang menjadi akidah orang Islam. Ilmu yang ‘tinggi’ ini sebaik-baiknya jangan diajar dahulu kepada kanak-kanak atau orang yang baru belajar Islam.

Ada rasa belas kasihan pada pelajar, anggap pelajar seperti anak sendiri.

Mendidik dengan ikhlas, yang penting ganjaran Allah. Allah berfirman yang bermaksud, “Dan (ketahuilah) wahai kaumku, Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta sebagai menyampaikan ilmu agama itu. Tiadalah aku mengharapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata.” (Hud: 29).

Ajar ilmu yang mudah dahulu. Hal ini diamalkan Rasulullah yang mengajar secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan pelajarnya. Baginda bersabda yang bermaksud, “Kami para nabi diperintah menempatkan tiap-tiap orang pada tempat mereka masing-masing dan bercakap dengan mereka menurut tingkat pemikirannya.” (Riwayat Abu Bakar as-Shukhair dan Abu Daud dari Aisyah).

Sunday, January 1, 2012

PERLU KE????

Hidup kita adalah bergantung kepada diri sendiri. tak perlu nak harapkan orang lain. sejauh mana kita boleh mengharapkan orang lain?? di waktu senang dia akan datang pada kita, waktu kita susah ada dia datang??? apa yang penting... pilih kawan yang biar betul-betul kawan, bukan kawan makan kawan...hancur la jawabnye..perlu ke kita bergantung hidup pada yang tak pasti?? tepuk dada tanya iman..nk bergantung harap boleh tapi biarlah bertempat. Allah kan ada, bergantung haraplah pada Dia. Dia yang maha kuasa, maha segala-gala. diwaktu susah, Dia ada bersama kita. di waktu senang pun Dia bersama kita juga. So, kesimpulannya tak perlulah kita nk mengharapkan makhluk yang nyata tidak sempurna. serahkan segalanya kepada Allah SWT. begitu juga dengan hati kita, serahkan hati kita yang hancur disebabkan makhluk kepada Allah SWT, nescaya Dia akan merawatnya....wallahua'lam bissowaaab...