Assalamualaikum Wbt...
Alhamdulilllah masih diberi peluang oleh Allah untuk menulis hari ni...
Pada Entry kali ni, saya nak berkongsi sedikit tentang sikap masyarakat kita hari ni. Buat itu salah, buat ini pun salah.Terutamanya dalam soal melakukan kebaikan. Orang kata, when we do good, people talk...when we do bad, people talk...when we do nothing, people still talk....so macamana? nk berbuat baik atau jahat? atau tidak perlu berbuat apa-apa? walaupun kita tidak berbuat apa-apa, orang tetap akan mengata. Ada komen?
Beginilah wahai pembaca yang budiman, pahatkan di minda kita bahawa memang sudah lumrah manusia yang tidak pernah senang dengan orang lain. Apa yang penting ialah setiap apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat Islam. Contohnya semasa mengajak seseorang untuk menunaikan solat setelah masuk waktu. Ada sesetengah daripada masyarakat kita yang memandang enteng tentang ajakan sahabatnya. Malah mereka mengata yang bukan-bukan orang yang menyeru mereka ke arah kebaikan. Tidak kurang juga ada yang mengejek perbuatan sahabat tersebut. Ini bukan ajakan untuk melakukan kejahatan, tetapi ajakan ke arah kebaikan. ada yang mengatakan "alar... nak berlagak alim konon", dan banyak lagi kata-kata sumbang didengari. Bukan senang untuk menyebarkan dakwah. Dakwah memerlukan kekuatan dari segi rohani dan jasmani.
Oleh sebab itu, usah difikirkan apa yang akan mereka kata, tetapi cubalah untuk lakukan yang terbaik demi Islam. Islam is the way of life.
No comments:
Post a Comment